Skip to main content

Posts

Bahan Bacaan 2024

 Salam. Sudah lama tidak mengemas lawan sesawang yang makin bersawang ini. Sekadar ingin berkongsikan gambar buku-buku yang sempat aku habiskan pembacaannya sepanjang tahun 2024:
Recent posts

Laporan Nilam #002: Days at the Morisaki Bookshop

Tajuk: Days at the Morisaki Bookshop Penulis: Satoshi Yagisawa Penterjemah: Eric Ozawa Penerbit: Manilla Press, 2023 Aku tak pasti macam mana nak menceritakan tentang buku ini. Buku merupakan international bestseller. Bagi aku, jalan cerita dia sangat simple. Bebas dari plot cerita yang kompleks. Buku ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Takako, 25 tahun yang mendiami sebuah kedai buku-buku terpakai yang bernama Morisaki. Kedai itu terletak di Jimbocho, sebuah kawasan yang terkenal dengan kedai-kedai buku terpakai di dalam daerah Tokyo. Sebermulanya kisah apabila si Takako ni putus hubungan dengan teman lelakinya yang bernama Hideaki. Waktu hendak menikmati makan malam, angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba si Hideaki ni bagi tahu si Takako ni yang dia akan berkahwin - tapi bukan dengan Takako. Seorang buaya rupa-rupanya si Hideaki ni. Patah hati dan kecewa, si Takako kemudian memutuskan untuk tinggal di tingkat atas kedai buku Morisaki itu, setelah diajak beberapa kal...

Laporan Nilam #001: The Three-Body Problem

Tajuk: The Three-Body Problem Penulis: Cixin Liu Negara: China Buku ini aku baca atas cadangan kawan-kawan. Melihatkan kepada tajuk, pasti ramai yang akan menyangka ini merupakan buku Fizik. Three body problem merupakan masalah dalam classical fizik. Kalau Isaac Newton ni, ni memang makanan dia la. Macam mana nak selesaikan persamaan 3 jasad dalam ruang dan masa. Tapi buku ini hanya menyentuh sedikit perkara itu, dan dijadikan sebagai latar belakang untuk setup cerita sebenar. Mengisahkan perhubungan dua orang yang kemudian diganggu oleh orang ketiga. Orang ketiga ialah bekas kekasih hero yang sama-sama belajar di luar negara. Dahulu, orang ketiga ini meninggalkan hero sebab mengejar cinta Mat Saleh. Namun kini, sekembalinya dia ke tanahair, dia datang menagih kembali cinta lamanya. Dan ini mengeruhkan hubungan hero dan heroin. Untuk info, orang ketiga dan hero merupakan anak orang golongan T20, heroin pula B40 atau M40. Eh, itu plot novel Melayu! Maafkan saya. Ini plot sebenar: Bayang...

Pertama

Entri pertama. Blog ini ialah satu catatan peribadi tentang buku-buku yang aku baca. Laporan NILAM sebenarnya diinspirasikan dari laporan buku yang pelajar sekolah buat zaman dulu-dulu (sekitar 1990an - 2000an) dalam kelas Bahasa Melayu. Bagi yang tak tahu, NILAM = N adi IL mu A malan M embaca. Entri dalam blog ini tidak sesuai digunakan untuk laporan NILAM pelajar, kerana tidak mengikut format yang digunakan di sekolah. Dalam erti kata lain, ditulis mengikut citarasa aku. Huhuhu.