Posts

Laporan Nilam #001: The Three-Body Problem

Image
Tajuk: The Three-Body Problem Penulis: Cixin Liu Negara: China Buku ini aku baca atas cadangan kawan-kawan. Melihatkan kepada tajuk, pasti ramai yang akan menyangka ini merupakan buku Fizik. Three body problem merupakan masalah dalam classical fizik. Kalau Isaac Newton ni, ni memang makanan dia la. Macam mana nak selesaikan persamaan 3 jasad dalam ruang dan masa. Tapi buku ini hanya menyentuh sedikit perkara itu, dan dijadikan sebagai latar belakang untuk setup cerita sebenar. Mengisahkan perhubungan dua orang yang kemudian diganggu oleh orang ketiga. Orang ketiga ialah bekas kekasih hero yang sama-sama belajar di luar negara. Dahulu, orang ketiga ini meninggalkan hero sebab mengejar cinta Mat Saleh. Namun kini, sekembalinya dia ke tanahair, dia datang menagih kembali cinta lamanya. Dan ini mengeruhkan hubungan hero dan heroin. Untuk info, orang ketiga dan hero merupakan anak orang golongan T20, heroin pula B40 atau M40. Eh, itu plot novel Melayu! Maafkan saya. Ini plot sebenar: Bayang

Pertama

Entri pertama. Blog ini ialah satu catatan peribadi tentang buku-buku yang aku baca. Laporan NILAM sebenarnya diinspirasikan dari laporan buku yang pelajar sekolah buat zaman dulu-dulu (sekitar 1990an - 2000an) dalam kelas Bahasa Melayu. Bagi yang tak tahu, NILAM = N adi IL mu A malan M embaca. Entri dalam blog ini tidak sesuai digunakan untuk laporan NILAM pelajar, kerana tidak mengikut format yang digunakan di sekolah. Dalam erti kata lain, ditulis mengikut citarasa aku. Huhuhu.